👉Anda nak putih seawal 3 hari penggunaan tapi kulit rosak dan hitam selepas 3 tahun penggunaan. Atau nak cerah selepas 3 bulan penggunaan dan kekal cerah dan sihat lagi 30 tahun akan datang?.
💖Banyak cara semulajadi yang boleh dilakukan untuk memiliki kulit cerah, misalnya memakai masker putih telur.Memang hasilnya tidak cepat, tetapi bahan semulajadi tidak akan merosakkan kesihatan diri.
Penting untuk anda semua tahu bahawa merkuri adalah sangat berbahaya pada badan kita.Di manakah merkuri ini selalu digunakan?
🐞Merkuri biasanya terdapat dalam krim pemutihan atau krim malam.
🐞Bagaimanakah cara untuk mengenalpasti produk yang bermerkuri?
👉Mudah saja. Letakkan krim/produk tersebut ke atas sehelai tisu dan jemur di bawah matahari. Jika krim pada tisu tadi menjadi gelap atau hitam, memang sah krim yang anda gunakan tu mengandungi merkuri. Jadi anda bolehlah cek pada produk yang anda gunakan sekarang ya..
🐞Ciri-ciri kosmetik yang mengandungi merkuri:-
👀Krim melekit.
👀Krim tidak HOMOGEN (tidak menyatu & kasar)
👀Bau kuat logam merkuri tapi ada yang menggunakan perfume kuat untuk menghilangkan bau logam merkuri tersebut.
👀Warna umumnya kuning untuk krim siang dan warna putih pearly bagi krim malam (berkilat seperti mutiara)- tapi tak semua yang berwarna kuning putih ada merkuri. Hanya yang berkilat sebab merkuri adalah logam jadi akan nampak berkilat.
👀Bila diusapkan pada kulit lengan terasa panas dan gatal.
👀Pada pemakaian awal menyebabkan iritasi pada kulit dan kemerahan bila terkena sinaran matahari.
👀Kulit dapat berubah putih dalam waktu singkat (kurang 2 minggu, bergantung pada kadar kandungan merkuri, makin tinggi makin lebih cepat putih). Kalau produk yang sihat, kulit akan cerah (putih normal) tapi putih yang terhasil dari produk yang ada merkuri adalah putih pucat.
👀Kulit licin dan tidak timbul jerawat, hal ini disebabkan lapisan kulit asid mantel telah rosak. Kulit juga sudah tiada protein dan melanin yang berfungsi untuk melindungi kulit dari radiasi sinaran matahari juga sudah tidak berfungsi, sampaikan mikrob pun tak akan boleh hidup pada kulit yang telah tercemar dengan merkuri.
👉Jerawat dalam keadaan normal adalah berfungsi sebagai indikator tahap kandungan protein di dalam kulit. Bila kita lupa nak bersihkan muka, jerawat akan keluar. Tapi pada kulit yang dah tercemar dengan merkuri, hal ini tidak terjadi lagi sebab struktur protein kulit telah berubah dan rosak.
👀Pori-pori mengecil dan kulit halus dengan cepat. Ini sebenarnya disebabkan lapisan kulit luar wajah kita telah nipis dan terhakis oleh logam merkuri. Jadi nampak pori-pori mengecil dan halus. Cuba uji dengan keluar di bawah sinaran matahari, jika kulit rasa terbakar, gatal disertai kemerahan, maknanya positif kulit dah rosak.
👉Ini disebabkan kulit wajah sudah tidak mendapat perlindungan dari melanin yang berfungsi melindungi wajah kita dari radiasi matahari.
👀Bila kulit dah tercemar dengan merkuri dan pemakaian dihentikan, akan timbul jerawat kecil-kecil disertai rasa gatal. Kemudian akan timbul bintik-bintik hitam di bawah kulit ataupun merata di wajah. Warna putih pada kulit wajah lama-kelamaan akan berubah menjadi abu-abu dan selanjutnya menjadi kehitaman.
👀Jika penggunaan diteruskan dapat menyebabkan kanser kulit, kerosakan ginjal dan menyebabkan kematian.
👀Dapat melambatkan pertumbuhan, menyebabkan kecacatan dan kematian pada JANIN.
💖🌺💖Jadi hati-hati dalam memilih produk penjagaan kulit.h