Saturday, November 12, 2011

peringatan

✿~ Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati ~✿

I’m so confused ~ (=.=)'... Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa ??Then I asked my dad what’s that mean.


Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?

Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.

Anak: *blur (??)'

Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.

Anak: Ooooooo... Ook...(n_n)'

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.

Anak: *termakan cili . hee (",)'

♥~ So, the conclusion is...Jangan mudah terasa hati...

♥~ Maknanya kita tak redha dengan Allah...

♥~ Nanti Allah pun tak redha dengan kita...Na’uzubillah...~

♥ "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu...Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."


Published with Blogger-droid v2.0

Friday, November 11, 2011

renungan

Permudahkanlah urusan orang lain, semoga Allah memudahkan urusan kita


Published with Blogger-droid v2.0

Tuesday, November 8, 2011

salam aidiladha

Sambutan aidiladha kali ini kat umah mertua. Ini kerana bapa mertuaku akan melakukan korban. Selepas acara korban malam pulak akan di adakan kenduri. Raya kali ini raya yang sedih gak. Sebab mak mertuaku sudah tiada. Selalu pagi raya kitorang akan sediakan daging kari atau sebagainya untuk lauk ketupat. Tapi pagi raya ini tiada daging atau lauk untuk dimakan bersama ketupat. Yang ada hanyalah ketupat dan juga sambal goreng. Sekarang ini tengah menunggu hujan reda untuk acara korban. Jiran-jiran semakin ramai memenuhi ruang depan bagi acara korban.


Published with Blogger-droid v2.0

Friday, November 4, 2011

syahmi meragam

Malam tadi syahmi tak dapat tido dgn lena mngkn sebab letih sgt-sgt main bola. Pg ni, dia tak bgn lg. Masih dalam buai


Published with Blogger-droid v2.0

Wednesday, October 12, 2011

harapan dan hikmah

Aku pun tak tahu cane nak mulakan. Sebab mmg aku tak pernah share benda ni kat dalam blog ni. Semalam aku dapat satu citer yang memang boleh dikatakan agak sedih. MIL aku rupernyer dah takder harapan untuk sembuh. Actly dier tgh suffer multiple myelome stage three. Sebelum ni doc kata ada ubat untuk stop sakit dier tu. Lastni doc kata walaupun kita bagi ubat tu pun tak der harapan. Baik bawa balik ke rumah dan rest sahaja. Sememangnya sekejap sangat my MIL dikesan ada penyakit tu. Setahun lepas masa raya dia dah jatuh sakit. Memula doc kata masalah buah pinggang. Pastu my MIL cuba acupunture. Thn ni 2 bln sebelum raya di admit ke hospital klang. Kat situ yang doc syak dia ada multiple myeloma. Sebelum lepas tu anak-anak dia dapatkan treatment kat kpj dan kat situlah dia di diagnos dgn penyakit tu. Masa kat kpj tu dia patah kaki. Bukan sebab apa tapi di sebabkan tulang dah reput. Masa puasa dia request untuk bepuasa di umah. Minggu lepas plak doc kata tulang belakang my MIL dah patah. Betapa cepatnya penyakit dia merebak. Ahad minggu lepas yang doc bgthu dah takder harapan. Untuk pengetahian semu aku baru rahu yang dia takder harapan malam tadi. Sedih, tekejut, dan tak sangka. Walaupun masa aku search cari apeke benda multiple myeloma ni ada yang bagitahu ada lebih kurang 5 thn je jangka hayat. Dari segi hikmahnya aku rasa anak-anak dia bertuah termasuklah my hubby sebab Allah bagi peringatan n masa untuk berbakti sEmentara masih ada ni. Bukanlah kalau tak tahu masa tu tak leh berbakti kat parents, tp ni kira bonus untuk jaga sebaiknya parents di samping berusaha untuk mencari ubat yang sesuai trs berusaha dan tabah menghadapi dugaan dan cabaran ini. Harapan masih ada selagi kita mencuba. Dugaan ini adalah hikmah untuk dihayati dan direnungi.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, October 6, 2011

Cuba guna

Bolah ke guna app ni? Tapi tak berapa nak pandai sebab ada guna command. Malas nak pikir sebenarnya. Hehe

posted from Bloggeroid

Thursday, May 26, 2011

whislist

i don't want make up like usual. i don't want handbag. i don't want shawl. i don't want any fashion blouse. i don't want a new baju kurung. i just want this : novel by hlovate, novel by noor suraya and i want all the book that i've read the review in goodreads.