Tuesday, March 12, 2013

FIESTA PENDIDIKAN


MARI MARI ADIK ADIK KAKAK KAKAK 
KE FIESTA PENDIDIKAN STAR PUTRA 2013
BERMACAM AKTIVITI ADA...

MARI MERIAHKAN SUASANA...
JOM JOM JOM

MINGGU NI YE.. JUMAAT SABTU AHAD!!

JANGAN LUPA MEMERIAHKAN SUASANA DI STAR PUTRA!!

HECTIC WEEK

Baru lepas minggu ujian. sonyer sibuk nak marking paper.. pastu sekolah nak wat mesyuarat PIBG dan juga Fiesta Pendidikan... Banyak nak wat kerja.. Bahagian dokumentasi dan montaj.. sonyer nak kena wat slide power point.. (copy je pun)... pastu kena edit dan set timing.. esok ada raptai untuk anugerah cemerlang.. banyak nye nak wat.. hehhe.. 

kat umah plak ada masalah besar.. susah betul kalau orang tak kenang budi ni.. semoga aku dijauhkan mendapat ujian yang tak mampu untuk aku hadapi...

pendaftaran pibg 2012

YB ABD Rahman perasmi.. ni pun tahun lepas punye..


k.lah nak sambung wat power point...

Saturday, March 9, 2013

TANGANI SELSEMA BAYI SECARA ALAMI

bila bayi selsema mesti sebagai ibu kita rasa risau. lagi lagi kalau siap dengan demam sekali.. kalau tak beri jagaan  yang betul dapat sakit yang lebih teruk. baru baru ini aku join satu group kat facebook yang sangat sangat memberi input terutama kepada ibu bapa moden sekarang ni sekiranya anak menghadapi masalah demam, selsema, atau batuk berkahak. bagaimana mengatasi masalah tersebut dengan tidak bergantung dengan BAHAN KIMIA atau DADAH. sonyer aku suggest kat korang jom join group kesihatan bayi.

sememangnya banyak pengetahuan yang boleh ceduk dari grup ni.. sebagai contoh ni aku copy paste dari facebook grup tersebut:

INFO AM YANG WAJIB ANDA TAHU:
Pastikan anda tidak memberi sebarang ubat antihistamin kepada kanak-kanak bawah 2 tahun, atau sebaiknya selagi anak tidak tahu membuang hingus sendiri. Ubat selsema / batuk tidak membantu bayi anda merawat dan mempunyai kesan sampingan yang buruk.
(Topik ini telah banyak dibincang, jadi guna search button tentang kesan antihistamin)

Jika asma, Ubat jenis Salbutalmol syrup atau nebulizer, hanya boleh diambil jika paru-paru masih tidak dapat berfungsi dgn baik setelah melakukan semua kaedah yang disarankan di bawah nanti. Maksudnya, ubatan moden hanya benar-benar perlu sebagai jalan terakhir. harus diingat, ubat (drugs) cuma menghentikan sesuatu penyakit sekejap, tetapi dalam masa yang sama, jika terlalu bergantung dengan ubat atau jika diambil selalu, akan menyebabkan penyakit lain di dalam tubuh.

Elakkan pengambilan gula putih ketika diserang selsema batuk kerana GULA adalah MAKANAN VIRUS dan BAKTERIA yang boleh menyebabkan virus atau bakteria lebih aktif dan membiak.

Selsema atau batuk kebiasaannya berlaku disebabkan virus, jadi rawatan yang terbaik ialah dengan memakan makanan antiviral seperti bawang putih atau kunyit dan lainnya (rujuk photo penawar semulajadi cari antiviral foods) . Antibiotik tidak diperlukan merawat penyakit disebabkan virus. Antibiotik hanya membunuh bakteria samada baik atau jahat. Selsema batuk yang mengeluarkan kahak jernih biasanya disebabkan virus, jika kuning, biasanya disebabkan bakteria beserta demam yang tinggi , susah bernafas dan sakit otot. Jika disebabkan bakteria, anda boleh mengambil probiotik.

Tapi, sekiranya sudah termakan antibiotik, perlu dihabiskan dan makan sekali dengan probiotik supaya bakteria baik kekal dalam badan.

Lendir yang terlalu lama di tekak boleh menyebabkan masalah lain seperti tonsillitis, laryngitis, pharyngitis dan beberapa jangkitan di dalam paru-paru seperti acute bronchitis, pneumonia terutamanya bacterial pneumonia dan influenza pneumonia. Jika ada tanda-tanda jangkitan kepada penyakit ini, antibiotik boleh diambil beserta probiotik. (Search button tentang info probiotics and antibiotics)

Cari info berkenaan makanan penyebab kahak di dalam album penawar semulajadi atau gunakan search button. SUSU FORMULA atau SUSU LEMBU (selain raw) antara penyebab utama. Disarankan untuk 1 tahun ke atas, bertukar kepada susu kambing jika tiada masalah alah kepada kekacang, boleh bertukar kepada santan kelapa muda atau susu almond. Susu beras juga boleh dicuba.

PENAWAR:

1. Sup tulang atau bone broth atau sup ayam sebagai penawar (untuk anak 8 bulan ke atas setelah boleh memakan makanan drpd sumber protein i.e ayam) :
Cara masak : Rebusan tulang (rebus tulang with lots of onions, garlic sedikit halia dan bay leave) put in carrots, leaks and celery.

Note from Farah Rahim (kes anak tak mahu makan semasa sakit disebabkan virus)

Nak lawan virus kena lawan dengan protein. Virus "hirup" protein dr badan anak so dia kena makan high protein food. But the problem is selera tak ada, and body tak boleh nak digest food lebih2 so the highest protein in the form of liquid is bone broth. Dia hirup sup sahaja pun dah kira ok dah sebab semua dah meresap dalam stock tu. Give anak fresh juices as well. From food high in vitamin C like guava...papaya...also try and get some probiotics if u can. VCO pun bagus and body needs protein to produce white blood cells (antibody)

2. BAWANG PUTIH :
Buat minyak bawang putih untuk sapu pada dada anak (Rujuk photo penawar semulajadi cara membuat minyak bawang putih).

3. STOKIN BAWANG PUTIH / GARLIC SOCKS :
Juga boleh gunakan petua Garlic socks :
Letakkan bawang putih pada stokin anak. Caranya : Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit sprt jenis berkait atau yg berlubang- lubang, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yg telah ditumbuk tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih). Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan shj minyak bawang putih yang telah dibuat sprt tips di atas, dan sapukan pada tapak kaki anak.

Untuk anak yg lebih dewasa, boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus .

Garlic enters your system and heads straight for the lungs.Garlic is amazing for the lungs. This is a great way to fight bacterial infections. It also enhances your immune system and fights viruses at the same time

4. KUNYIT
Kunyit hidup juga boleh digunakan dengan cara tumbuk sedikit kemudian sapukan di hidung .

5. PENAWAR LAIN MELALUI CARA MENGENAL KAHAK:
Penawar lain perlu anda lihat warna hingus (keluar melalui hidung) atau kahak (keluar melalui mulut)
Jika jernih = badan sejuk = rawat dengan makanan panas seperti madu (1 tahun ke atas),buah delima atau habbatussauda.
Jika pekat, hijau atau kuning = badan panas = rawat dengan makanan sejuk seperti barli, air kelapa , air asam jawa atau kembang semangkok.

Hingus / kahak jernih : dijangkiti virus. Jika hijau : dijangkiti bakteria. Jika kuning : dijangkiti samada bakteria atau virus..jadi, jika hingus atau kahak selain jernih, sila beri anak probiotik (cuba dalam 3 hari dahulu) jika masih tidak membantu, atau tidak ada pilihan (sukar mendapatkan probiotik) boleh ambil antibiotik..TAPI dengan syarat anda sudah lakukan steam, percussion , up imun , avoid trigger factors, beri penawar semulajadi dahulu..antibiotik, ubat cair kahak, salbutamol adalah jalan terakhir..http://www.primehealthchannel.com/coughing-up-phlegm-clear-green-yellow-and-with-blood.html

6. NAIKKAN IMUN SISTEM
Jika selalu sangat batuk berlaku, perlu cuba naikkan imun sistem badan. Antara yang disarankan dengan pengambilan supplement Olivenol (Rujuk photo atau search button tentang Olivenol) . Apple Cider Vinegar / cuka apple juga baik untuk naikkan imun sistem tubuh dan untuk masalah batuk disebabkan alergi atau sinus).

7. VITAMIN D
Vitamin D dapat mencegah asma dan alahan (termasuk alahan kulit). Sumber vitamin D yang baik adalah salmon dan cahaya matahari pagi (dedahkan diri pada cahaya matahari pagi)
http://jurnalmedika.com/component/content/article/365-editorial/735-vitamin-d-faktor-pencegah-asma

Saturday, February 16, 2013

Suplement Yang Sesuai


korang tahu kan yang punca penyakit datangnya dari makanan. Betapa pentingnya makanan berkhasiat untuk badan. dengan kehidupan zaman moden ini, sume nak cepat kadang kadang soal makan tolak tepi.. yang penting sedap. lain belakang kira. Kalau tak sempat sangat ada macam macam delivery skang ni.. McD ada,  Pizza pun ada.. Macam macam ada kan??

Kalau kat restoren seafood plak memang sedap kan.. Maklumlah Pak Aji 2 cawan.. hehhe.. sonyer macammane badan kita tak banyak ngan toksik. Pastu malas nak minum air.. sekurang kurangnya sehari 2.5 liter air kena minum tau!

Untuk menyeimbangkan kekurangan khasiat dalam badan, terlebih toksik dalam badan, makanlah suplement.. sonyer nak makan supplement apa? Macam macam ada gak suplement yang berada kat pasaran. Carilah yang berbaloi. Bagi pendapat ai yang tak seberapa ni cari suplement yang memang ada kelulusan KKM tu paling penting. Halal Pun Penting..Pastu google untuk cari testi testi yang ok.. ye tak?
http://portal.bpfk.gov.my/index.cfm?&menuid=47

Setakat ni yang menarik untuk aku ialah SNE. heheh.. Alhamdulillah setakat ni aku dapat yang hasil terbaik. Baru sebulan setengah aku amalkan amek SNE kan.. Result semakin memberaangsangkan. Tiada lagi Masaalah tidak daat cam Bau. Senang nak membuang. dan yang paling best aku still BF my daughter dan tiada efek untuk ibu ibu yang menyusukan anak.. DONT worry!!




Monday, February 11, 2013

Flight dengan KLM

Nak bercuti? mestilah kena wat persedian dengan sempurna. Kalau tak dapat tiket air asia yang murah. ada option lain.. cuba korang naik KLM.

nasi tomato dan kek coklat
Hari tu aku ngan family naik klm masa gi Bandung. Not Bad blh dapat RM 396 tambang pergi balik inclusive 23kg baggage n siap makan sekali dlm flight.
ada lcd.. heheh excited first time katakan
memang best la naik flight ni.. kalu korang rajin ke indon cuba lah flight ni.. sebelum tu sign up jadi member klm.  boleh dapat  poin. nanti boleh redeem rasanya...
aleesya ngan mama eh ni mama dia ke kakak dia?
nanti ada masa nak citer pengalaman kali kedua bercuti ke Indonesia

Sunday, February 10, 2013

SNE dan Buah Magik SEABUCTHORN


80% bahan di dalam kapsul SNE adalah dari pati minyak buah seabuckthorn

Buah ini di dapati di atas bukit di Mongolia, China. Tumbuhan ini hidup meliar kerada daya 

tahannya menentang panas dan sejuk sungguh tinggi.


Buah paling masAM di dunia dan kandungan vitamin C nya 8X ganda dari buah kiwi

Bukan itu shaja, ia mengandungi lebih 200 vitamin dan mineral yang diperlukan badan, 

untuk aweet mudA, KESihatan seksual lelaki dan wanita. serta antioksidan yang tinggi 

terbukti boleh membantutkan pertumbuhan sel kanser. Untuk kecantikan kulit, menurunkan 

berat badan dengan semulajadi kesihatan menyeluruh, penawar ajaib kepada penyakit penyakit kronik dan banyak lagi.




oleh itu untuk mendapat khasiat daripada buah magik ini.. jom dapatkan SNEJOM LIKE >>> SEKENDI SIHAT

Friday, February 1, 2013

kebaikan makan sne

Jika kita nak jadikan sesuatu itu tabiat kena amalkan dan lakukan dalam masa 40 hari. Bila dah jadi tabiat sonyer terus senang nak diamalkan. Maklumlah dah jadi tabiat kan. Bak kata orang tua tua "kalau dah jadi tabiat memang susah nak buang".

Sama la gak dengan makan sne. Jika nak dapatkan hasil takkan terus makan terus cantik. Terus sihat. Mesti ada usaha yang berterusan. Bukan mudah untuk dapatkan sesuatu.. Yer lah bukan ke tiada satu pun yang percuma dalam dunia ni.. Sonyer investment itu penting.. Sambil usaha kena gakla berdoa dan bertawakal.

Bukan mudah gak nak buat perubahan. Tapi tak mustahil.

Nak cantik? Boleh!!!!

Nak sihat? Boleh!!!

Ramai orang dah dapat kebaikan dari makan sne. Yang penting usaha ye! Dan juga kosisten!

Belum cuba belum tahu!

Jom like page ini untuk ketahui update tentang sne >>> SEKENDI SIHAT

Published with Blogger-droid v2.0.4