Thursday, March 28, 2013

income tambahan

jom saper nak join me untuk dapatkan income tambahan.. selain boleh guna untuk diri sendiri boleh gak sharing ngan kengkawan or sedara mara untuk amek produk ni.. daripada produk harian, makanan kesihatan untuk kecantikan pun ada.. hanya bayar rm 75 untuk menjadi ahli..

jom klik ini INCOME

Tuesday, March 26, 2013

SPM result 2012

hari ni nak wat catatan penting untuk diri sendiri dan semua yang bergelar guru.. sesungguhnya betapa pentingnya doa guru untuk pelajar pelajarnya.

alkisahnya hari khamis result spm telah diumumkan. ramai yang gembira dengan result itu. tak kurang juga yang rasa sedih dengan result yang telah diumumkan tersebut.. dengan result tu juga boleh la nak apply matrikulasi ke, nk amek diploma ke, nak masuk tingkatan enam ke.. sumenya depend on the result and rezeki memasing.

ada seorang pelajar yang sangat terkenal dengan perangai yang nakal. bukan setakat nakal, suka menjawab apa yang cikgu bgthu, dan kadang kadang kurang ajar sehingga guru sakit hati. pelajar tersebut sebenarnya kategori pelajar pandai, tetapi perangai sangat sangat menguji kesabaran cikgu. cikgu pun manusia biasa yang kalah dengan kesabaran sendiri..

keputusan spm pelajar tebabit hanya 1A-. yang mana A itu datang dari subjek sains yang diajar oleh seorang guru yang memamng sangat sangat super penyabar. mmg salute dengan cikgu  tersebut. biasalah guru bile berdoa kan tida hijab. macam mak kita doakan untuk kita. disebabkan cikgu tadi tak terkesan dengan perangai pelajar tadi sonyer takderlah dia terdetik apa apa perkara tak baik untuk pelajar tersebut.. mungkin juga kenapa pelajar terbabit dapat A- untuk sc dia.

hikmah peristiwa ni:
1. kepada guru
untuk aku terutamanyanya silalah bersabar dan doakan yang terbaik untuk pelajar. jangan sampai terkeluar kata kata ataupun terlintas dalam hati benda benda tak baik untuk pelajar yang diajar kerana kesannya sangat sangat bahaya!.
2. kepada pelajar
jaga hati guru anda, jangan sampai guru kecik hati. susah nanti







Wednesday, March 20, 2013

Viral fever symptoms.


~noteFORmyself~

Apakah demam virus?

Demam virus merujuk kepada spektrum yang luas keadaan di mana jangkitan virus dikaitkan dengan ketinggian suhu badan. Istilah ini merangkumi pelbagai jangkitan virus, ada yang boleh dikenal pasti dengan jelas oleh gejala dan tanda-tanda mereka. Jangkitan virus ini boleh menunjukkan tanda-tanda umum, tetapi boleh menargetkan organ-organ. Sebahagian demam virus tidak merbahaya. Tetapi perlu dikawal suhu demam anda sehingga pulih.

Tanda-tanda lain : pada kebiasaannya suhu akan meningkat pada waktu malam.

Sebab berlaku :

Jangkitan selalunya disebarkan oleh penyedutan zarah aerosolised, dengan pengambilan air yang tercemar atau makanan, atau melalui sentuhan langsung. Jangkitan kemudian merebak dan selepas itu ke dalam aliran darah atau saluran limfa. Sebahagian daripada jangkitan virus boleh disebarkan secara seksual atau oleh inokulasi langsung ke dalam aliran darah.

Tempoh jangkitan utama mungkin berbeza-beza dari hari untuk beberapa minggu. Manifestasi penyakit klinikal biasanya akibat virus membiak pada tapak tertentu. Walaupun suhu demam menurun, namun dalam beberapa jangkitan, virus ini terus membiak dan menyebabkan jangkitan berterusan.

Source: webhealth

Daripada perbincangan di grup: FB kesihatan bayi

Nurul Bariah Said :

General guide utk demam panas.

  1. Pastikan selalu check temperature. If below 37.5, tidak perlu diberi ubat. Just control darjah kepanasan dgn sponging. Letak towel lembab di kepala..sekali sekala, lap di bhgn pelipat..ketiak, kelangkang.. Utk baby boy, di area ball dia. 
  2. If more than 37.5 hingga 38, keep on sponging. Pakaikan pakaian nipis. Buka kipas @ aircond. Jika lebih dari 38, bawa ke bilik air, mandikan dgn air suam (jgn suam sgt, jgn sejuk mcm tap water). Sbb air akan kena udara, sekejap je jadi sejuk. Mula dgn kaki ke atas. Biarkan anak main dgn air dlm 10-15 min. Jgn sampai menggigil (maknanya air sejuk). Anak should be relaxed.. Lapkan secara minimal, pakaikan diaper Dan sleeveless shirt. If Ada barut gantung is the best..or baju lubang2. Normally, temp Akan turun dlm half an hour. 
  3. If temp naik semula, more than 38,(Dan turun naik, but still exceed 38), beri ubat demam. Dan suruh anak minum air masak.. If sempat, beri anak hirup sup ayam. Pastikan anak kekal aktif. If nampak letih, and temp dah melebihi 39, disarankan ke hosp. But, pengalaman 2 kali ke emergency, temp 39.8.. Sama juga treatment. Buka semua baju, tinggal diaper, buat sponging. Then, hosp Akan bagi ubat supp (ubat bontot). Keep on sponging & jika anak BF, kerapkan BF. Biar towel di kepala, basah... InsyaAllah..kebiasaanya , temp akan turun antara 37.5.
  4. Jika suhu melebihi 39 Dan menghampiri 40, sekiranya berlaku sawan tarik @ fit, bukakan semua baju.. Make sure anak dlm keadaan sedar. Pegang kaki, tangan..tgk samada dlm keadaan kejang @ mengeras. Baringkan di atas flat surface, and mengiring. Jgn beri minum @ ubat. Make sure dia bernafas. (dekatkan telinga kat mulut anak). Biar dia sedar, baru bawa ke bilik ar utk mandikan.. Jgn guna ais, nnt badan terkejut.. Normally fit jadi dlm masa 5 minit. Tapi Ada kes yg baby kena berulang-ulang. Utk kedua-2 keadaan, terus bawa ke hosp..

Suhu 40++ bawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
(Lap badan daripada bahagian bawah ke atas, jangan terus daripada kepala)

INFO SAWAN:


Sawan bukan terjadi bila suhu dah terlalu tinggi, sawan ni disebabkan mcm "electrical storm" dlm otak bayi bila suhu meningkat terlalu mendadak, interval range .5-1 degree celcius dlm every half an hour tu dah menunjukkan dehidration dlm badan anak yg tgh demam panas.pantau KENAIKAN/PERUBAHAN TURUN NAIK SUHU, that's the main important thing.

pengalaman dari Ibu Adam Darwisy: 
adam 1st time tarik suhu 38.4..not really that high kan? but an hour b4 dia start demam with 37.6..then suddenly dah 38, then terus 38.4..so otak dia cant cope with that "electrical storm" sbb bila kurang air (akibat dehidration sbb badan panas kelembapan udara dlm badan baby meruap ke udara) oksigen ke otak jadi kurang, jadi mencetus sawan tarik .

INFO PARACETAMOL , SAWAN, RAWATAN, IMUN SISTEM.

Ummu Yusoff Said:
 Bukan tak boleh bagi sirap paracetamol, cuma jangan terlalu cepat n terlalu kerap.. dari ramai orang yang saya tanya, yang develop demam tinggi waktu malam, kebiasaannya di sebelah siang terlalu kerap n terlalu cepat bagi ubat demam, nampak temperature naik, terus bagi ubat.. kita kena manfaatkan time siang, kita fresh n xterlalu penat, boleh monitor baby and cergas buat sponging.. time siang suhu sekeliling panas, kita buat sponging guna luke warm water, heat dari badan baby, tranfer ke lapisan air kat luar tubuh baby, air ni tersejat (evoporated) ke udara time siang, proses berulang2.. kalau ikut hadis, kena guna tujuh bekas air.. time malam, baju susah kering kan? sponging time malam kurang berkesan.. doc cakap tak boleh sponging kalau suhu tinggi sangat, secara logiknya takut salur darah kat kulit mengecut, menyebabkan core temperature semakin tinggi.. cold water sponging maksudnya kat sini.. bukan luke warm water.."

EXTRA INFO
1.cool fever TIDAK berkesan turunkn suhu,cuma mungkin boleh kurangkn pening/kepala tidak selesa sbb suhu yg tggi. Gantikan dengan jerlum asam jawa atau daun bunga raya (bunga raya putih lebih bagus).

2. Paracetamol(PCM) adalah ubat demam+painkiller. Bila dh beri suppository (ubat bontot) TIDAK BOLEH diberi oral/sirap PCM serentak atau jarak kurang 8 jam. Supp umpama injection. Dadahnya terus masuk dlm darah. Toxic pd hati sekiranya dose melebihi level selamat pd suatu masa. Supp harus ditangguh dan tidak sesuai untuk bayi umur bawah setahun. (ramai x alert ni,boleh confirm dgn membaca details di package insert). Hanya boleh diberi atas arahan doktor bila anda dah ke klinik,dan dh pastikan dgn doktor anda supp boleh diberi pd bayi anda. SETIAP BAYI TAK SAMA.

KESAN SAMPINGAN PCM
Antara kesan-kesan sampingan akibat dari pengambilan jangka masa panjang ubat paracetamol (Panadol adalah PCM yang paling terkenal) ialah:

a) Hepatotoxicity(rosak hati): Sekiranya orang dewasa mengambil paracetamol sebanyak 10 g atau lebih dalam sehari, atau 5 g atau lebih sekiranya diambil oleh kanak-kanak, ia boleh merosakkan hati dan boleh membawa maut. Mereka ini memerlukan rawatan N-acetylcysteine (NAC) dengan secepat mungkin. Manakala pengambilan setiap hari paracetamol dan juga secara berpanjangan pula walaupun hanya 4 g sehari sudah boleh menyebabkan toxicity dan juga maut.

Paracetamol juga tidak boleh diberikan kepada mereka yang mempunyai penyakit hati (liver failure). Perlu diingatkan juga bahawa jangan sekali-kali memberikan paracetamol kepada mereka meminum arak ataupun mengambil ubat phenobarbitol. Kedua-duanya ialah HME inducer, dan akan menyebabkan kesan buruk kepada hati akan berganda kemudian akan menyebabkan kegagalan hati untuk berfungsi.

b) Nefrotoxicity (rosak buah pinggang). Phenacetin iaitu struktur asal paracetamol boleh mengakibatkan penyakit fatal chronic interstitial nefritis.

c) Methemoglobin dan haemolytic anaemia boleh terjadi kepada individu yang mempunyai penyakit G6PD deficiency.

d) Allergic (pada sebahagian individu)




4. Bukan suhu yg tggi yg buatkn bayi sawan tp sudden rise in temperature. Sudden rise ni turut juga disumbangkn oleh sudden drop in temperature. Satu keadaan yg dipanggil REBOUND. Badan kita rasa penting untuk naikkan temperature,tp ada pengacau iaitu ubat demam,maka badan akn lawan. PCM juga menganggu gluthathione synthesis yg penting dlm proses pemulihan,menyebabkn demam atau penyakit berpanjangan.Sbb tu saya xgalakkn terlalu cepat n terlalu kerap bg ubat demam. Tepid sponging=air suam2 kuku. Air sejuk buatkn suhu terpendam, increased risk for more internal damage.Sometimes kena percaya pd anugerah Tuhan iaitu keupayaan tubuh utk lwn penyakit lebih dr kepercayaan kita pd ubat2an..

5. Tak bagi PCM tak sama dgn BIAR ANAK. Jgn salah fhm. PCM IS A SHORT CUT. Jadi ibu kna buat lebih dari bagi anak mkn ubat.
- Monitor suhu n sponging n kurangkn baju
+ masak bubur+blend jadi cair
+ buat sup ayam atau sup tulang. (Search button info 'sup tulang' dan 'sup ayam' yang membantu menaikkan sistem imun)
+ buat juices (xboleh bebankn sistem pencernaan anak mkn benda keras)
+ minum air kelapa muda fresh , barli , kembang semangkok atau air asam jawa utk melawan virus dan menurunan suhu badan.
+ makan antiviral foods sprt bawang putih, halia, kunyit, brocoli

NATURAL REMEDIES FOR FEVER

A. GARLIC SOCKS (Stokin Bawang Putih) / (ONION SOCKS juga boleh)
Letakkan bawang putih pada stokin anak. Caranya : Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit sprt jenis berkait atau yg berlubang- lubang, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yg telah ditumbuk tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih). Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan shj minyak bawang putih yang dibiat sendiri dengan cara, bakar seulas bawang putih bersama kulitnya, kemudian lenyekkan pada olive oil atau minyak masak dan sapukan pada tapak kaki anak.

Untuk anak yg lebih dewasa, boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus . Sila lakukan patch test (percubaan letak sikit2 pada kulit anak, jika ada keradangan sprt merah, hentikan penggunaannya kerana kulit anda tidak tahan panas garlic)

(selebihnya rujuk album penawar semulajadi atau search button 'antiviral foods')

B. Atau LEMON SOCKS refer : http://www.thiswholefamily.com/2012/05/lemon-socks-for-fever-and-other.html

C. Atau APPLE CIDER VINEGAR SOCKS : Make vinegar socks to reduce a fever by immersing a pair of socks in a mixture of equal parts of apple cider vinegar and cool water. Wring the socks out well and put them on your feet. Re-soak the socks in the mixture and put them back on your feet before they have fully dried. This works well for adults and children.

D. Atau EGG WHITE SOCKS (bagi yang tidak alah pada telur) : Soak a pair of her socks in egg whites and put them on feet.

6. Sekali lg saya ingtkn,focus untuk kuatkn sistem pertahanan badan.. Demam is a good sign of working immune system.. We should not focus on bringing the temperature down. Kita kena support proses demam tu. Support demam menjalankn tugasnya matikn kuman. Beri anak2 mkn foods rich with VITAMIN C n antioxydant. Beri anak mkn probiotics atau olivenol. Help body n not to give more burden on the system.

7. Demam disebabkan virus TIDAK PERLU ANTIBIOTIK, antibiotik cuma membunuh bakteria baik dan jahat. tapi jika sudah terambil, perlu habiskan dan makan sekali dengan probiotik supaya bakteria baik kekal dalam badan. Antibiotik adalah jalan terakhir digunakan jika sudah tidak terkawal (jika sudah nampak tanda-tanda akan berlaku infection sprt kes tonsil bernanah atau lainnya).

8. Elakkan sebarang pengambilan vaksin.

9. Kerapkan susu ibu, jika anak tidak boleh makan antiviral foods, vitamin dan penawar lain, ibu yang menyusukan boleh makan dan khasiatnya akan diserap oleh anak. Dalam apa keadaan penyakit pada bayi, susu ibu adalah penawar utama.

10. Kerapkan beri minum air suam atau cecair lain yang sesuai (jus atau sup).

11. Elakkan pengambilan gula, kerana gula adalah makanan virus dan bakteria juga. Gula membantu pembiakan dan mengaktifkan virus atau bakteria.

DEMAM MELEBIHI 5-7 HARI PERLU BUAT UJIAN DARAH UNTUK PASTIKAN PUNCA DEMAM ITU.



demam kat budak

~just note for myself~



Sumbangan gambar drpd NaDiey Ibrahim diambil drpd Laman Kesihatan Ibu, Bayi dan Anak-Anak
Tindakan Anda :
• Lap pada anggota badannya, berikan parasetamol
• Galakkan anak minuk air banyak
• Berjumpa doktor untuk rawatan lanjut jika suhu badan naik mendadak dan bayi masih demam.

Petua lain turunkan suhu badan (tambahan)
Jerlum kepala anak dgn asam jawa, daun bunga raya (tumbuk).
Bgi anak minum air barli atau kembang semangkok


Mesti Tahu
Pengalaman seorang teman penulis memberitahu jika berlaku serangan sawan (kekejangan otot) di rumah atau dalam perjalanan ke hospital, basahkan badan bayi anda umpama anda memandikannya.

Waktu kecemasan ini, ambil air untuk basahkan seluruh badannya. Jangan biarkan situasi ini berlaku lebih satu minit. Ketika ini badannya akan mengeras dan anak matanya akan naik ke atas disebabkan suhu badannya sudah mencecah 40c. dia akan kembali normal setelah badannya kembali sejuk. Pastikan anak anda menangis kerana ia tanda dia sudah sedar. Segera masukkan ubat yang diberi melalui dubur (jika ada).

Segera bawalah ke hospital untuk rawatan lanjut. Jika situasi ia pernah berlaku kepada anak anda, kemungkinan ia akan berulang lagi jika anda mengabaikan pengambilan ubat demam secara konsisten walaupun dia sudah berusia enam tahun. Situasi kemungkinan ini akan berlaku sehingga anak berusia tujuh tahun. Serangan sawan boleh mengakibatkan berlaku kecacatan otak, malah jika dibiarkan terlalu lama serangan sawan ini boleh mengundang maut kepada anak anda. Waspadalah jika anak demam!

credit to:fb kesihatan baby

Wednesday, March 13, 2013

‎50 Perkara Dari Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


‎50 Perkara Dari Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
- hadiah istimewa saya untuk orang melayu muslim...

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

credit to : here

Tuesday, March 12, 2013

FIESTA PENDIDIKAN


MARI MARI ADIK ADIK KAKAK KAKAK 
KE FIESTA PENDIDIKAN STAR PUTRA 2013
BERMACAM AKTIVITI ADA...

MARI MERIAHKAN SUASANA...
JOM JOM JOM

MINGGU NI YE.. JUMAAT SABTU AHAD!!

JANGAN LUPA MEMERIAHKAN SUASANA DI STAR PUTRA!!

HECTIC WEEK

Baru lepas minggu ujian. sonyer sibuk nak marking paper.. pastu sekolah nak wat mesyuarat PIBG dan juga Fiesta Pendidikan... Banyak nak wat kerja.. Bahagian dokumentasi dan montaj.. sonyer nak kena wat slide power point.. (copy je pun)... pastu kena edit dan set timing.. esok ada raptai untuk anugerah cemerlang.. banyak nye nak wat.. hehhe.. 

kat umah plak ada masalah besar.. susah betul kalau orang tak kenang budi ni.. semoga aku dijauhkan mendapat ujian yang tak mampu untuk aku hadapi...

pendaftaran pibg 2012

YB ABD Rahman perasmi.. ni pun tahun lepas punye..


k.lah nak sambung wat power point...

Saturday, March 9, 2013

TANGANI SELSEMA BAYI SECARA ALAMI

bila bayi selsema mesti sebagai ibu kita rasa risau. lagi lagi kalau siap dengan demam sekali.. kalau tak beri jagaan  yang betul dapat sakit yang lebih teruk. baru baru ini aku join satu group kat facebook yang sangat sangat memberi input terutama kepada ibu bapa moden sekarang ni sekiranya anak menghadapi masalah demam, selsema, atau batuk berkahak. bagaimana mengatasi masalah tersebut dengan tidak bergantung dengan BAHAN KIMIA atau DADAH. sonyer aku suggest kat korang jom join group kesihatan bayi.

sememangnya banyak pengetahuan yang boleh ceduk dari grup ni.. sebagai contoh ni aku copy paste dari facebook grup tersebut:

INFO AM YANG WAJIB ANDA TAHU:
Pastikan anda tidak memberi sebarang ubat antihistamin kepada kanak-kanak bawah 2 tahun, atau sebaiknya selagi anak tidak tahu membuang hingus sendiri. Ubat selsema / batuk tidak membantu bayi anda merawat dan mempunyai kesan sampingan yang buruk.
(Topik ini telah banyak dibincang, jadi guna search button tentang kesan antihistamin)

Jika asma, Ubat jenis Salbutalmol syrup atau nebulizer, hanya boleh diambil jika paru-paru masih tidak dapat berfungsi dgn baik setelah melakukan semua kaedah yang disarankan di bawah nanti. Maksudnya, ubatan moden hanya benar-benar perlu sebagai jalan terakhir. harus diingat, ubat (drugs) cuma menghentikan sesuatu penyakit sekejap, tetapi dalam masa yang sama, jika terlalu bergantung dengan ubat atau jika diambil selalu, akan menyebabkan penyakit lain di dalam tubuh.

Elakkan pengambilan gula putih ketika diserang selsema batuk kerana GULA adalah MAKANAN VIRUS dan BAKTERIA yang boleh menyebabkan virus atau bakteria lebih aktif dan membiak.

Selsema atau batuk kebiasaannya berlaku disebabkan virus, jadi rawatan yang terbaik ialah dengan memakan makanan antiviral seperti bawang putih atau kunyit dan lainnya (rujuk photo penawar semulajadi cari antiviral foods) . Antibiotik tidak diperlukan merawat penyakit disebabkan virus. Antibiotik hanya membunuh bakteria samada baik atau jahat. Selsema batuk yang mengeluarkan kahak jernih biasanya disebabkan virus, jika kuning, biasanya disebabkan bakteria beserta demam yang tinggi , susah bernafas dan sakit otot. Jika disebabkan bakteria, anda boleh mengambil probiotik.

Tapi, sekiranya sudah termakan antibiotik, perlu dihabiskan dan makan sekali dengan probiotik supaya bakteria baik kekal dalam badan.

Lendir yang terlalu lama di tekak boleh menyebabkan masalah lain seperti tonsillitis, laryngitis, pharyngitis dan beberapa jangkitan di dalam paru-paru seperti acute bronchitis, pneumonia terutamanya bacterial pneumonia dan influenza pneumonia. Jika ada tanda-tanda jangkitan kepada penyakit ini, antibiotik boleh diambil beserta probiotik. (Search button tentang info probiotics and antibiotics)

Cari info berkenaan makanan penyebab kahak di dalam album penawar semulajadi atau gunakan search button. SUSU FORMULA atau SUSU LEMBU (selain raw) antara penyebab utama. Disarankan untuk 1 tahun ke atas, bertukar kepada susu kambing jika tiada masalah alah kepada kekacang, boleh bertukar kepada santan kelapa muda atau susu almond. Susu beras juga boleh dicuba.

PENAWAR:

1. Sup tulang atau bone broth atau sup ayam sebagai penawar (untuk anak 8 bulan ke atas setelah boleh memakan makanan drpd sumber protein i.e ayam) :
Cara masak : Rebusan tulang (rebus tulang with lots of onions, garlic sedikit halia dan bay leave) put in carrots, leaks and celery.

Note from Farah Rahim (kes anak tak mahu makan semasa sakit disebabkan virus)

Nak lawan virus kena lawan dengan protein. Virus "hirup" protein dr badan anak so dia kena makan high protein food. But the problem is selera tak ada, and body tak boleh nak digest food lebih2 so the highest protein in the form of liquid is bone broth. Dia hirup sup sahaja pun dah kira ok dah sebab semua dah meresap dalam stock tu. Give anak fresh juices as well. From food high in vitamin C like guava...papaya...also try and get some probiotics if u can. VCO pun bagus and body needs protein to produce white blood cells (antibody)

2. BAWANG PUTIH :
Buat minyak bawang putih untuk sapu pada dada anak (Rujuk photo penawar semulajadi cara membuat minyak bawang putih).

3. STOKIN BAWANG PUTIH / GARLIC SOCKS :
Juga boleh gunakan petua Garlic socks :
Letakkan bawang putih pada stokin anak. Caranya : Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit sprt jenis berkait atau yg berlubang- lubang, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yg telah ditumbuk tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih). Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan shj minyak bawang putih yang telah dibuat sprt tips di atas, dan sapukan pada tapak kaki anak.

Untuk anak yg lebih dewasa, boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus .

Garlic enters your system and heads straight for the lungs.Garlic is amazing for the lungs. This is a great way to fight bacterial infections. It also enhances your immune system and fights viruses at the same time

4. KUNYIT
Kunyit hidup juga boleh digunakan dengan cara tumbuk sedikit kemudian sapukan di hidung .

5. PENAWAR LAIN MELALUI CARA MENGENAL KAHAK:
Penawar lain perlu anda lihat warna hingus (keluar melalui hidung) atau kahak (keluar melalui mulut)
Jika jernih = badan sejuk = rawat dengan makanan panas seperti madu (1 tahun ke atas),buah delima atau habbatussauda.
Jika pekat, hijau atau kuning = badan panas = rawat dengan makanan sejuk seperti barli, air kelapa , air asam jawa atau kembang semangkok.

Hingus / kahak jernih : dijangkiti virus. Jika hijau : dijangkiti bakteria. Jika kuning : dijangkiti samada bakteria atau virus..jadi, jika hingus atau kahak selain jernih, sila beri anak probiotik (cuba dalam 3 hari dahulu) jika masih tidak membantu, atau tidak ada pilihan (sukar mendapatkan probiotik) boleh ambil antibiotik..TAPI dengan syarat anda sudah lakukan steam, percussion , up imun , avoid trigger factors, beri penawar semulajadi dahulu..antibiotik, ubat cair kahak, salbutamol adalah jalan terakhir..http://www.primehealthchannel.com/coughing-up-phlegm-clear-green-yellow-and-with-blood.html

6. NAIKKAN IMUN SISTEM
Jika selalu sangat batuk berlaku, perlu cuba naikkan imun sistem badan. Antara yang disarankan dengan pengambilan supplement Olivenol (Rujuk photo atau search button tentang Olivenol) . Apple Cider Vinegar / cuka apple juga baik untuk naikkan imun sistem tubuh dan untuk masalah batuk disebabkan alergi atau sinus).

7. VITAMIN D
Vitamin D dapat mencegah asma dan alahan (termasuk alahan kulit). Sumber vitamin D yang baik adalah salmon dan cahaya matahari pagi (dedahkan diri pada cahaya matahari pagi)
http://jurnalmedika.com/component/content/article/365-editorial/735-vitamin-d-faktor-pencegah-asma