~just note for myself~
Sumbangan gambar drpd NaDiey Ibrahim diambil drpd Laman Kesihatan Ibu, Bayi dan Anak-Anak
Tindakan Anda :
• Lap pada anggota badannya, berikan parasetamol
• Galakkan anak minuk air banyak
• Berjumpa doktor untuk rawatan lanjut jika suhu badan naik mendadak dan bayi masih demam.
Petua lain turunkan suhu badan (tambahan)
Jerlum kepala anak dgn asam jawa, daun bunga raya (tumbuk).
Bgi anak minum air barli atau kembang semangkok
Mesti Tahu
Pengalaman seorang teman penulis memberitahu jika berlaku serangan sawan (kekejangan otot) di rumah atau dalam perjalanan ke hospital, basahkan badan bayi anda umpama anda memandikannya.
Waktu kecemasan ini, ambil air untuk basahkan seluruh badannya. Jangan biarkan situasi ini berlaku lebih satu minit. Ketika ini badannya akan mengeras dan anak matanya akan naik ke atas disebabkan suhu badannya sudah mencecah 40c. dia akan kembali normal setelah badannya kembali sejuk. Pastikan anak anda menangis kerana ia tanda dia sudah sedar. Segera masukkan ubat yang diberi melalui dubur (jika ada).
Segera bawalah ke hospital untuk rawatan lanjut. Jika situasi ia pernah berlaku kepada anak anda, kemungkinan ia akan berulang lagi jika anda mengabaikan pengambilan ubat demam secara konsisten walaupun dia sudah berusia enam tahun. Situasi kemungkinan ini akan berlaku sehingga anak berusia tujuh tahun. Serangan sawan boleh mengakibatkan berlaku kecacatan otak, malah jika dibiarkan terlalu lama serangan sawan ini boleh mengundang maut kepada anak anda. Waspadalah jika anak demam!
credit to:fb kesihatan baby
No comments:
Post a Comment