Saturday, March 9, 2013

TANGANI SELSEMA BAYI SECARA ALAMI

bila bayi selsema mesti sebagai ibu kita rasa risau. lagi lagi kalau siap dengan demam sekali.. kalau tak beri jagaan  yang betul dapat sakit yang lebih teruk. baru baru ini aku join satu group kat facebook yang sangat sangat memberi input terutama kepada ibu bapa moden sekarang ni sekiranya anak menghadapi masalah demam, selsema, atau batuk berkahak. bagaimana mengatasi masalah tersebut dengan tidak bergantung dengan BAHAN KIMIA atau DADAH. sonyer aku suggest kat korang jom join group kesihatan bayi.

sememangnya banyak pengetahuan yang boleh ceduk dari grup ni.. sebagai contoh ni aku copy paste dari facebook grup tersebut:

INFO AM YANG WAJIB ANDA TAHU:
Pastikan anda tidak memberi sebarang ubat antihistamin kepada kanak-kanak bawah 2 tahun, atau sebaiknya selagi anak tidak tahu membuang hingus sendiri. Ubat selsema / batuk tidak membantu bayi anda merawat dan mempunyai kesan sampingan yang buruk.
(Topik ini telah banyak dibincang, jadi guna search button tentang kesan antihistamin)

Jika asma, Ubat jenis Salbutalmol syrup atau nebulizer, hanya boleh diambil jika paru-paru masih tidak dapat berfungsi dgn baik setelah melakukan semua kaedah yang disarankan di bawah nanti. Maksudnya, ubatan moden hanya benar-benar perlu sebagai jalan terakhir. harus diingat, ubat (drugs) cuma menghentikan sesuatu penyakit sekejap, tetapi dalam masa yang sama, jika terlalu bergantung dengan ubat atau jika diambil selalu, akan menyebabkan penyakit lain di dalam tubuh.

Elakkan pengambilan gula putih ketika diserang selsema batuk kerana GULA adalah MAKANAN VIRUS dan BAKTERIA yang boleh menyebabkan virus atau bakteria lebih aktif dan membiak.

Selsema atau batuk kebiasaannya berlaku disebabkan virus, jadi rawatan yang terbaik ialah dengan memakan makanan antiviral seperti bawang putih atau kunyit dan lainnya (rujuk photo penawar semulajadi cari antiviral foods) . Antibiotik tidak diperlukan merawat penyakit disebabkan virus. Antibiotik hanya membunuh bakteria samada baik atau jahat. Selsema batuk yang mengeluarkan kahak jernih biasanya disebabkan virus, jika kuning, biasanya disebabkan bakteria beserta demam yang tinggi , susah bernafas dan sakit otot. Jika disebabkan bakteria, anda boleh mengambil probiotik.

Tapi, sekiranya sudah termakan antibiotik, perlu dihabiskan dan makan sekali dengan probiotik supaya bakteria baik kekal dalam badan.

Lendir yang terlalu lama di tekak boleh menyebabkan masalah lain seperti tonsillitis, laryngitis, pharyngitis dan beberapa jangkitan di dalam paru-paru seperti acute bronchitis, pneumonia terutamanya bacterial pneumonia dan influenza pneumonia. Jika ada tanda-tanda jangkitan kepada penyakit ini, antibiotik boleh diambil beserta probiotik. (Search button tentang info probiotics and antibiotics)

Cari info berkenaan makanan penyebab kahak di dalam album penawar semulajadi atau gunakan search button. SUSU FORMULA atau SUSU LEMBU (selain raw) antara penyebab utama. Disarankan untuk 1 tahun ke atas, bertukar kepada susu kambing jika tiada masalah alah kepada kekacang, boleh bertukar kepada santan kelapa muda atau susu almond. Susu beras juga boleh dicuba.

PENAWAR:

1. Sup tulang atau bone broth atau sup ayam sebagai penawar (untuk anak 8 bulan ke atas setelah boleh memakan makanan drpd sumber protein i.e ayam) :
Cara masak : Rebusan tulang (rebus tulang with lots of onions, garlic sedikit halia dan bay leave) put in carrots, leaks and celery.

Note from Farah Rahim (kes anak tak mahu makan semasa sakit disebabkan virus)

Nak lawan virus kena lawan dengan protein. Virus "hirup" protein dr badan anak so dia kena makan high protein food. But the problem is selera tak ada, and body tak boleh nak digest food lebih2 so the highest protein in the form of liquid is bone broth. Dia hirup sup sahaja pun dah kira ok dah sebab semua dah meresap dalam stock tu. Give anak fresh juices as well. From food high in vitamin C like guava...papaya...also try and get some probiotics if u can. VCO pun bagus and body needs protein to produce white blood cells (antibody)

2. BAWANG PUTIH :
Buat minyak bawang putih untuk sapu pada dada anak (Rujuk photo penawar semulajadi cara membuat minyak bawang putih).

3. STOKIN BAWANG PUTIH / GARLIC SOCKS :
Juga boleh gunakan petua Garlic socks :
Letakkan bawang putih pada stokin anak. Caranya : Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit sprt jenis berkait atau yg berlubang- lubang, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yg telah ditumbuk tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih). Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan shj minyak bawang putih yang telah dibuat sprt tips di atas, dan sapukan pada tapak kaki anak.

Untuk anak yg lebih dewasa, boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus .

Garlic enters your system and heads straight for the lungs.Garlic is amazing for the lungs. This is a great way to fight bacterial infections. It also enhances your immune system and fights viruses at the same time

4. KUNYIT
Kunyit hidup juga boleh digunakan dengan cara tumbuk sedikit kemudian sapukan di hidung .

5. PENAWAR LAIN MELALUI CARA MENGENAL KAHAK:
Penawar lain perlu anda lihat warna hingus (keluar melalui hidung) atau kahak (keluar melalui mulut)
Jika jernih = badan sejuk = rawat dengan makanan panas seperti madu (1 tahun ke atas),buah delima atau habbatussauda.
Jika pekat, hijau atau kuning = badan panas = rawat dengan makanan sejuk seperti barli, air kelapa , air asam jawa atau kembang semangkok.

Hingus / kahak jernih : dijangkiti virus. Jika hijau : dijangkiti bakteria. Jika kuning : dijangkiti samada bakteria atau virus..jadi, jika hingus atau kahak selain jernih, sila beri anak probiotik (cuba dalam 3 hari dahulu) jika masih tidak membantu, atau tidak ada pilihan (sukar mendapatkan probiotik) boleh ambil antibiotik..TAPI dengan syarat anda sudah lakukan steam, percussion , up imun , avoid trigger factors, beri penawar semulajadi dahulu..antibiotik, ubat cair kahak, salbutamol adalah jalan terakhir..http://www.primehealthchannel.com/coughing-up-phlegm-clear-green-yellow-and-with-blood.html

6. NAIKKAN IMUN SISTEM
Jika selalu sangat batuk berlaku, perlu cuba naikkan imun sistem badan. Antara yang disarankan dengan pengambilan supplement Olivenol (Rujuk photo atau search button tentang Olivenol) . Apple Cider Vinegar / cuka apple juga baik untuk naikkan imun sistem tubuh dan untuk masalah batuk disebabkan alergi atau sinus).

7. VITAMIN D
Vitamin D dapat mencegah asma dan alahan (termasuk alahan kulit). Sumber vitamin D yang baik adalah salmon dan cahaya matahari pagi (dedahkan diri pada cahaya matahari pagi)
http://jurnalmedika.com/component/content/article/365-editorial/735-vitamin-d-faktor-pencegah-asma

7 comments:

  1. aku duk bc la smpai hbs.skali scroll smpai bwh..la..ko rupenye.haha.tq2.zara slsma ni..

    ReplyDelete
  2. Baru perasan. Sila la amek mana yg baik..hehe. Semoga sihat selalu...

    ReplyDelete
  3. Wah..thank you for the info..mana dpt suma ni?

    ReplyDelete
  4. Click to earn money http://stayreward.com/index.php?share=116341

    ReplyDelete
  5. Tq.. tq so much. Terus add to bookmark hp

    ReplyDelete