Tuesday, August 18, 2015

Bahaya bahan kimia pada produk seharian



Nak jd end product tu mesti melalui proses kimia
So mesti ada bahan kimia
Bahan kimia yg x boleh mcm merkuri, hydroquinone, paraben

Hydroquinone
Tretinoin
Dexamethasone
Betamethasone
Asid azelaik
Plumbum

Merkuri bukan organik ialah bahan yang digunakan dalam kebanyakan krim pemutih kulit. Merkuri mempunyai keupayaan untuk menyerap masuk ke dalam tubuh apabila krim pemutih itu disapukan kepada kulit.

bahaya merkuri, produk kecantikan yan mengandungi merkuri

Merkuri boleh menyebabkan gangguan sistem saraf, seperti insomnia, terketar-ketar, gangguan penglihatan, gerakan tangan tidak normal (ataxia), gangguan emosi dan depresi.

bahaya produk mengandungi merkuri, produk yang mengandungi merkuri


2. Hidrokuinon
Hidrokuinon juga adalah antara bahan pemutih yang sering digunakan dalam produk kosmetik. Hidrokuinon mempunyai keupayaan untuk membuatkan lapisan kulit luar menggelupas serta menyekat pembentukan melanin yang membuatkan kulit kelihatan hitam. 
produk yang menganduni hidrokuinon, bahaya hidrokuinon, zarraz paramedical
Rantaian Hidrokuinon

Kandungan hidrokuinon yang melebihi 2% akan menyebabkan kulit menjadi gatal dan rasa terbakar. Hidrokuinon yang berlebihan juga boleh menyebabkan kelainan pada ginjal (nephrofati), kanser darah (leukemia) dan kanser hati.

3. Plumbum
Plumbum biasanya didapati di dalam gincu bibir. Plumbum dikategorikan sebagai neurotoksin, sejenis depresen sistem saraf. Neurotoksin menyebabkan masalah dalam kelakuan dan pembelajaran, seperti kemerosotan IQ, keagresifan yang meningkat dan pengurangan tumpuan.
bahaya plumbum kepada manusia, produk yang menggunakan plumbum, zarraz paramedical
Fizikal Plumbum

4. Formaldehid
Formaldehid ialah bahan kimia yang digunakan dalam produk mandian bayi. Ia digunakan untuk menjadikan bahan kimia lain lebih ‘lembut’ dan kurang kuat berbanding biasa.
bahan formaldehid, kegunaan formaldehid, produk kecantikan yang merbahaya, zarraz paramedical
Formladehid

Contohnya, formaldehid digunakan dalam syampu bayi untuk mengurangkan kekuatan sodium laurel sulfate agar ia boleh digunakan kepada bayi. Formaldehid boleh menyebabkan kanser dan kerengsaan kulit serta ruam kepada kanak-kanak yang berkulit sensitif.

5. Ftalat
Ftalat ialah sejenis ester asid yang terkandung dalam cecair penguat kuku, semburan rambut, losyen badan dan pewangi. Ia digunakan untuk mengekalkan haruman dalam sesuatu produk. Ftalat boleh mendatangkan risiko kepada tumbesaran dan sistem pembiakan manusia. Ftalat telah dikaitkan dengan kecacatan kandungan dan boleh menyebabkan keguguran.
Ester Asid Ftalat, bahaya ftalat, produk kecantikan terbaik, zarraz paramedical
Ester Asid Ftalat

6. Paraben
Paraben, atau asid para-hidroksibenzoik adalah sejenis bahan kimia yang terkandung dalam penyahbau ataupun deodoran. Kajian menunjukkan deodoran, apabila disapu ke badan, meninggalkan sisa paraben yang kemudiannya menyerupai hormon estrogen, yang memainkan peranan penting dalam pembentukan sel kanser payudara.

bahaya paraben, produk kecantikan bebas paraben, zarraz paramedical
Bahan Paraben

Selain deodoran, paraben juga terkandung di dalam krim dan produk kecantikan untuk mengawet dan menjadikan produk tersebut tahan lama.

7. Sodium Laureth Sulfate (SLS)
SLS merupakan sejenis bahan kimia yang bertindak menghasilkan buih. SLS adalah bahan kimia yang terbukti secara klinikal mendatangkan kerengsaan pada kulit. Kesan paling ketara ialah iritasi kulit. Terutama pada bayi dan orang yang menghidap eczema.

Sodium Lauryl Sulphate, bahaya SLS, Bahan kandungan SLS, kegunaan SLS, Zarraz Paramedical, Produk bebas SLS
Sodium Lauryl Sulphate

SLS membersihkan kulit dengan cara ‘mengikis’ iaitu membuang lapisan minyak semulajadi pada kulit. Perasan tak kadang-kadang lepas bersabun atau guna pencuci muka berbuih, muka sentiasa rasa tegang saja.

No comments:

Post a Comment